Mungkin saya nampak gembira - Mawar Rashid - Utusan Malaysia

Mungkin saya nampak gembira – Mawar Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mawar Rashid mengakui masih terkesan selepas bercerai dengan bekas suaminya, Raf Yaakob.

Namun kata Mawar, dia percaya perasaan sedih yang masih dipendam selepas perceraian tersebut selepas ini akan terubat.

“Mungkin saya nampak gembira, tapi hakikatnya saya masih bergelut dengan perasaan.

“Tapi saya percaya masa akan menyembuhkan (kesedihan). Saya kena fokus kepada kesihatan mental dan kerjaya saya.

“Pada masa yang sama, saya kena jaga diri dan anak-anak saya. Apa pun saya bersyukur kerana ramai yang prihatin dengan keadaan saya,” katanya pada sidang media dan tahlil filem Jangan Pandang Belakang 2, semalam.

Mawar dan Raf mengesahkan perceraian mereka sekitar November tahun lepas selepas membina bergelar suami isteri selama lebih enam tahun.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.

Dalam pada itu, Mawar memohon agar keputusannya untuk merahsiakan punca perceraian dihormati semua pihak.

Katanya, tindakan itu adalah untuk kebaikan anak-anaknya yang mungkin lebih terkesan sekiranya kisah perceraian ibu bapa mereka terus dimainkan di media.

“Saya minta maaf, tak akan beri kenyataan berhubung perceraian kami.

“Saya ada anak-anak, justeru saya tak mahu mereka membesar dengan membaca cerita-cerita yang tidak sepatutnya. Ini adalah kehidupan peribadi saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya