GEORGE TOWN : Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) menyuntik dana tambahan sebanyak RM5 juta bagi menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan bumiputera di negeri ini menerusi Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (TPBPP) yang akan diuruskan oleh Co-opbank Pertama (CBP). Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, itu antara perkara yang telah dipersetujui oleh pihaknya dengan MPBPP bagi tujuan penambahbaikan terhadap skim TPBPP sedia ada sekaligus memudahkan pemilikan hartanah untuk bumiputera di Pulau Pinang. “Perkara ini selari dengan objektif penubuhan TPBPP itu sendiri yang telah diwujudkan pada 27 Februari 2012…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya