PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di beberapa empangan bagi meningkatkan paras air susulan fenomena El Nino yang tiba pada penghujung Monsun Timur Laut. Merujuk kepada kenyataan dikeluarkan jabatan itu, OPA dilaksanakan selama dua hari bermula semalam di sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, Pulau Pinang serta Empangan Bukit Merah, Perak. Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas di Pangkalan Udara TUDM, Subang. “OPA kali ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya