PETALING JAYA: Pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, didakwa mempunyai konflik kepentingan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali menggesa supaya Md. Raus menarik diri dari kedudukan itu dan kerajaan harus mengganti Pengerusi RCI dengan seseorang yang tidak berkonflik kepentingan. Katanya, RCI bagi kes Batu Puteh adalah berkaitan keputusan Kerajaan Persekutuan pada 31 Jun 2018, untuk menarik balik dua permohonan semakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya