SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mewujudkan skuad khas bagi membanteras kegiatan pihak tidak bertanggungjawab ‘mengalibabakan’ permit Bazar Ramadan pada tahun ini. Kali ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menyediakan 16,693 tapak di 264 Bazar Ramadan di seluruh kawasan bidang kuasanya dengan kadar sewa antara RM230 hingga RM340. Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd. Najwan Halimi berkata, kewujudan amalan ali baba permit bazar bukan sesuatu yang baharu dan skuad khas ditubuhkan antara pendekatan dilakukan MBSA untuk membanteras isu tersebut. “Penubuhan pasukan pemantau khas adalah bagi memastikan tiada lesen dialibabakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya