MASJID Jamek Berkembar Haji Mat Saman terletak di Kajang, Selangor memiliki sejarah panjang, sekukuh usianya yang kini menjangkau 95 tahun. Dibina sejak 1929, lokasinya betul-betul berada di pinggir Sungai Ramal, iaitu pangkalan tempat persinggahan melalui jalan sungai sebelum jalan secara sempurna dibina dari Kajang ke Serdang. Sebagai tempat pertemuan perjalanan dan perniagaan, maka inisiatif diambil tokoh pemimpin semasa itu, iaitu Haji Mat Saman mendirikan masjid di tapak sekarang bagi kegunaan penduduk kampung mendirikan solat serta kewajipan solat Jumaat. Sudah tentu dalam usia hampir seabad, masjid ini mengalami penambahan dan pembaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya