TERSERGAM indah dikelilingi perumahan penduduk Cina di Kampung Pinang Khecil, Pangkor, Perak, membuatkan lokasi masjid ini begitu unik. Masjid al-Khairiah Seribu Doa ini mendapat jolokan masjid Cina kerana seni binanya saling tidak tumpah seperti tokong penganut Buddha. Dari reka bentuk binaan termasuk bentuk atap, pintu gerbang, pagar malah warnanya juga seakan-akan begitu. Kalau tidak dek dindingnya dipenuhi dengan kaligrafi Arab dan warna atap berwarna hijau, warna disukai Rasulullah SAW, barangkali ramai yang sangsi. Namun, kesangsian itulah keistimewaan dimiliki masjid yang gah tersergam dihiasi seribu doa di sekelilingnya yang diukir khas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya