MARS tandatangan MoU kerjasama penyelidikan projek nadir bumi

MARS tandatangan MoU kerjasama penyelidikan projek nadir bumi

DR. Muhd Noor (dua kanan bertukar tukar dokumen dengan Nahrul Khair pada majlis menandatangaji MoU di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Persatuan Saintis dan Penyelidik Malaysia (MARS) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pejabat Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan Pengekstrakan Torium daripada Pekatan Lantanid dan Residue WLP atau dikenali sebagai The ThX Project di sini pagi tadi.

Menurut pengarah pengurusan projek, Prof. Ir. Dr. Nahrul Khair Alang Md. Rashid, unsur nadir bumi di negara ini dianggarkan bernilai lebih RM800 billion merupakan bahan utama untuk menghasilkan peralatan moden seperti magnet, motor yang digunakan dalam industri kereta elektrik, telefon pintar, turbin angin dan banyak lagi. 

Beliau berkata, projek ThX merupakan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah bimbingan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

Ia merupakan usaha kerjasama sektor awam-swasta yang menggunakan bakat penyelidikan tempatan dalam menangani masalah industri. 

Perjanjian kerjasama tersebut ditandatangani oleh Presiden MARS,  Dr. Muhd Noor Muhd Yunus dan Ir. Dr. Nahrul Khair disaksikan Setiausaha  MARS, Hasfazilah  Hassan dan pegawai pentadbiran Pejabat Pengurusan Projek (PMO), Nur Aisyah  Mohd Noor.

Menurut  Nahrul Khair,   projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh syarikat untuk menyelesaikan masalah syarikat dan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu (SC).

Dr. Muhd Noor berkata, kerjasama dalam R&D awam-swasta ini adalah yang pertama seumpamanya setakat ini. 

Ia dijangka menjadi satu model yang boleh dijadikan contoh dalam penyelidikan industri lain. 

“MARS yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan dianggotai oleh hampir 2,000 penyelidik daripada institusi awam dan swasta termasuk universiti.

Objektif projek ini adalah selari dengan salah satu objektif penubuhan MARS yang ditubuhkan hampir 30 tahun yang lalu iaitu memanfaatkan keupayaan penyelidik tempatan dalam menyelesaikan masalah sebenar industri, “ ujarnya.

MARS katanya, menyokong dan bersedia bertindak sebagai pemudah cara bagi merealisasikan hasrat tersebut .

Tambah beliau, semoga kerjasama tersebut merancakkan lagi aktiviti R&D di negara ini dan memartabatkan keupayaan bakat pengurusan penyelidikan tanah air. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya