INISIATIF Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mengumpul dan mendigitalkan manuskrip Melayu sejak 2019 berjaya menemukan naskhah-naskhah bersejarah yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Antaranya ialah surat-surat yang ditulis pembesar Inggeris kepada Sultan Terengganu Ke-11, Sultan Zainal Abidin III, lebih 100 tahun lalu. Almarhum baginda yang memerintah selama 37 tahun dari 1881 hingga 1918 merupakan sultan berjiwa ulama, malah akrab dengan ulama-ulama Terengganu termasuk Sayid Abdul Rahman Sayid Muhammad al-Idrus atau Tok Ku Paloh. Menariknya, manuskrip itu bukan disimpan di Malaysia, tetapi ditemukan di School of Oriental & African Studies (SOAS)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya