PETALING JAYA: Malaysia menggesa semua negara agar segera menghentikan sebarang bantuan kepada Israel di samping tidak mengiktiraf kezaliman dilakukan sehingga mencetuskan krisis kemanusian kepada warga Palestin. Selain itu, Malaysia menekankan agar semua negara menghentikan segala bentuk bantuan kewangan atau ketenteraan kepada Israel yang selama ini menafikan hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan melakukan penjajahan yang menyalahi undang-undang antarabangsa. Pendirian itu dizahirkan Malaysia dalam Sesi Pendengaran Awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) The Hague, Belanda semalam. Malah Malaysia mengingatkan bahawa persoalan menentukan nasib rakyat sendiri bukanlah hanya soal dua hala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya