DUNGUN: Sebuah lori milik syarikat kurier hangus dijilat api selepas dipercayai terbabas berhampiran persimpangan Kampung Che Lijah, semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi itu menyebabkan lori jenis Nissan yang sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu itu terbakar 80 peratus dan hampir kesemua barangan yang dibeli pengguna secara dalam talian turut hangus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.43 pagi sebelum tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian. “Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian hadapan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya