KUALA TERENGGANU: Seorang wanita hanya mampu melihat suaminya ditarik ombak besar sebelum dihanyutkan di tengah laut dan perlahan-lahan hilang daripada pandangannya di Pantai Batu Buruk, di sini, semalam. Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, Nora Elina Abdul Khalit, 44, bersama suaminya, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, sedang berkelah di pantai peranginan tersebut bersama dua anak mereka. Nora Elina berkata, dia dan dua anaknya berusia sembilan dan 11 tahun bermain pasir manakala suaminya pula bersiar-siar di tepi pantai. “Tiba-tiba suami saya dihanyutkan arus ke tengah laut dan kejadian itu berlaku sekelip mata.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya