Lelaki terlibat kes bunuh ditahan di Lapangan Terbang Senai sebaik sahaja tiba dari Bangkok

Lelaki terlibat kes bunuh ditahan di Lapangan Terbang Senai sebaik sahaja tiba dari Bangkok

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor kerana disyaki terbabit dalam kematian lelaki di sebuah kelab malam, baru-baru ini.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, lelaki berkenaan ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi sebaik sahaja tiba di negara ini dari Bangkok, Thailand semalam.

Kata beliau, lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ujar beliau, penahanan itu hasil pertukaran maklumat antara polis Johor dengan pihak berkuasa negara terlibat.

“Ya, kita (polis) telah tahan lelaki berkenaan semalam. Satu sidang akbar akan dibuat dalam masa terdekat ini mengenai siasatan dan penahanan ini,” katanya secara ringkas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya