KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dicekup polis tidak lama selepas meragut seutas rantai emas bernilai kira-kira RM7,500 daripada seorang mangsa di Kampung Cina di sini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, kejadian pada pukul 11.30 pagi itu disedari anggota polis yang meronda kawasan tersebut sebelum dilaporkan mangsa. Menurut beliau, mangsa yang berbangsa Cina berumur 50-an memberitahu anggota terbabit bahawa rantai emasnya diragut suspek yang menaiki motosikal sambil menunjukkan arah suspek melarikan diri. Jelasnya, anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) itu kemudian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya