BUKIT MERTAJAM : Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memfokuskan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion yang diterima menerusi Belanjawan 2024 bagi memperkasakan agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, dalam hal ini, pihaknya antara kementerian utama yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai program latihan bagi meningkatkan golongan pekerja berkemahiran tinggi. “Kita mahu melatih lebih ramai individu supaya dapat memberi kemahiran lebih baik kepada pekerja sekali gus meningkatkan produktiviti mereka. “Menerusi pensijilan dan kemahiran yang dimiliki, golongan pekerja akan berpeluang untuk mendapat upah dan gaji yang lebih tinggi,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya