KRT Taman Kuningsari bakal anjur pelbagai aktiviti

KRT Taman Kuningsari bakal anjur pelbagai aktiviti, eratkan silaturahim

SEBAHAGIAN Ahli Jawatankuasa KRT Taman Kuningsari, Taiping, Perak bergambar bersama selepas mengadakan mesyuarat bagi sesi 2024-2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KRT Taman Kuningsari, Taiping, akan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam usaha memupuk kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara Ahli Jawatankuasa KRT taman tersebut dengan penduduk.

Keputusan itu dicapai oleh 25 orang ahli jawatankuasanya dalam Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Kuningsari yang diadakan pada 4 Februari 2024 di Bilik Mesyuarat Kabin KRT Taman Kuningsari, Taiping, Perak, semalam.

Menurut Pengerusi Ahli Jawatankuasa KRT Taman Kuningsari, Sazeli Ghazali, antara aktiviti yang bakal dianjurkan ialah Ziarah Kasih Kejiranan, sukan dan beberapa acara melibatkan kaum wanita.

“Semua orang dari pelbagai latar belakang berkongsi pandangan, idea dan tenaga bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan dalam masa terdekat,” ujarnya selepas bermesyuarat bersama 25 ahli jawatankuasa taman tersebut bagi sesi 2024-2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya