Sejak diperkenalkan pada awal tahun 2010, rangkaian koleksi Oro Italia 916 daripada HABIB merangkumi pelbagai reka bentuk serta ciri-ciri unik yang dihasilkan untuk melengkapi gaya harian si pemakai terutamanya dalam kalangan penggemar barangan kemas kontemporari.
Dikenali sebagai jenama yang sering menawarkan sentuhan halus dan kualiti yang mampu mencetuskan bual bicara di antara kelompok penggemar barang kemas, HABIB sekali lagi menghasilkan kelainan yang menarik dengan koleksi baharu ini.
Diperbuat daripada emas 916 (22K), rekaan koleksi Clara Oro Italia 916 ini mengambil inspirasi bunga-bungaan mekar sebelum digarap dengan kemasan cataphoresis lacquer yang digilap dengan kualiti tertinggi.
Turut diindahi gabungan rona emas yang pelbagai seperti merah jambu, hijau, dan biru, koleksi ini mampu membiaskan kilauan nan infiniti.
Teknik kemasan cataphoresis lacquer digunakan pada koleksi ini untuk mengubah emas kepada warna lain tanpa mengubah berat barangan emas tersebut.
Warna ini tidak akan luntur dan kekal jika cara pemakaian dan penjagaan barangan kemas dilakukan dengan betul. Kemasan seperti ini hanya boleh didapati daripada koleksi Oro Italia 916 yang ditawarkan di HABIB.
Hiasan emas pelbagai rona bersama emas kuning ini menekankan pantulan glamor yang menambah efek keanggunan pada keseluruhan koleksi ini. HABIB sekali lagi menghasilkan rekaan tampak segar dan kontemporari namun masih mengekalkan unsur feminin yang menjadi identiti utama koleksi ini.
Apabila dipakai, keselesaan pemakaian koleksi barangan kemas ini adalah antara keunikannya. Ia akan terasa ringan, lantas menjadikannya selesa untuk dipakai dan lembut pada kulit.
Sebagai sebuah jenama yang dikenali dengan rekaan yang moden serta hasil kerja yang bermutu tinggi, azam HABIB adalah untuk memperluaskan lagi koleksi barangan kemasnya bagi menepati semua citarasa wanita moden zaman ini.
Istimewa buat para penggemar koleksi Oro Italia 916 serta barangan kemas minimalis dalam reka bentuk moden, anda boleh berkunjung ke semua bilik pameran HABIB untuk melihat keunggulan koleksi Clara Oro Italia 916 ini. – UTUSAN