Kestabilan politik Sarawak bukti tadbir urus kewangan sistematik

Kestabilan politik Sarawak bukti tadbir urus kewangan sistematik – Abang Johari

ABANG Johari Tun Openg menyampaikan ucapan di Majlis Rumah Tebuka Tahun Baharu Cina SUPP Bintulu Bersama Premier Sarawak di Dinner World Bintulu, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan bersistematik dalam menguruskan kewangan negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, untuk tujuan itu Sarawak mengambil langkah menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak.

“Kita tidak boros. Kita ikut falsafah cina.

“Sebab itu kita tubuhkan Dana Kekayaan Daulat. Dari segi pendapatan, ada duit simpanan kita,” tegas ya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Tebuka Tahun Baharu Cina SUPP Bintulu Bersama Premier Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari turut beri jaminan dan yakin kejayaan Sarawak dalam mengurus pendapatan dan langkah pembangunan kini mendapat perhatian dunia.

“Kestabilan kepimpinan menjadikan Sarawak lebih berjaya berbanding negeri lain sekaligus memudahkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) lebih memfokuskan usaha pembangunan.

“Malam tadi delegasi dari Kesatuan Eropah telah berjumpa dengan saya. Tujuan mereka adalah untuk melihat sendiri polisi ekonomi kita.

“Ini bermaksud Sarawak dikenali seluruh dunia,” kata Abang Johari.

Pada majlis yang sama Premier Sarawak telah meluluskan permohonan projek dewan serbaguna untuk belia dan warga emas Bintulu dengan peruntukan berjumlah RM25 juta dan RM1.5 juta lagi untuk projek pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Assyakirin. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya