GEORGE TOWN : Keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah tidak menjejaskan atau menggangu fungsi Mahkamah Syariah di Pulau Pinang. Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Muhamad Abdul Karim Wahab berkata, dalam hal ini, semua pihak perlu menghormati keputusan yang telah dibuat Mahkamah Persekutuan itu dan bersedia untuk menerima sebarang penambahbaikan jika ada. Muhamad Abdul Karim berkata, pihaknya menghormati keputusan yang telah dibuat sama ada dari segi peningkatan martabat dan sebagainya serta tidak berasa ‘terganggu’ dengan perkara-perkara tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya