Kerajaan akan umum harga siling beras - Utusan Malaysia

Kerajaan akan umum harga siling beras

SYED Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal melakukan lelongan beras pada harga murah di Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Kerajaan akan menetapkan harga siling beras bagi mengawal harganya di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup (Nacool), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perkara itu dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, jawatankuasa itu telah mengadakan perbincangan dengan Padi Beras Nasional (Bernas) berhubung cadangan menetapkan harga siling beras.

“Penetapan harga siling beras ini diharap dapat menyelesasikan masalah harga beras import yang tidak ada kawalan dan kekurangan beras tempatan di pasaran.

“Selama ini beras tempatan dikawal oleh kerajaan namun disebabkan kekurangan bekalan beras tempatan, beras import membanjiri di pasaran tanpa ada kawalan sehingga timbul rungutan dalam kalangan rakyat.

“Apabila harga siling beras ditetapkan, tidak ada beras import dan beras tempatan kerana kedua -duanya akan dijadikan satu sahaja iaitu Beras Madani.

“Beras Madani akan diwujudkan di pasaran dengan harga yang telah ditetapkan. Dengan cara ini kerajaan dapat mengawal harga beras di pasaran dengan meletakkan harga tetap siling,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program jualan murah Parlimen Bukit Gantang di Changkat Jering di sini hari ini.

Menurutnya, dengan penetapan harga siling beras, pihak yang berkenaan tidak lagi boleh menjual beras pada harga yang tinggi.

“Saya percaya pihak berkuasa yang berkaitan akan meneruskan pemantauan di lapangan bagi memastikan semua pihak termasuk penjual akan mematuhi harga siling yang akan ditetapkan oleh kerajaan itu nanti,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya