Kenapa nak promosi budaya luar? - Alvin Wong - Utusan Malaysia

Kenapa nak promosi budaya luar? – Alvin Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Alvin Wong berharap pembikin filem dan drama Cina tempatan tidak ketinggalan mempromosikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dalam naskhah yang mereka hasilkan.

Kata Alvin, dia yakin langkah tersebut dapat menarik minat masyarakat luar untuk menonton drama Cina dari Malaysia.

“Hakikatnya, banyak drama dan filem Cina tempatan yang mempromosikan budaya luar. Ibarat kita tonton naskhah Hong Kong tapi dihasilkan di Malaysia. 

“Saya berpandangan rugi sekiranya kita tidak pamerkan kepelbagaian budaya dan masyarakat kita kerana penonton di negara lain sebenarnya mahu melihat keunikan kita.

“Jadi, saya menyeru pembikin filem dan drama Cina di Malaysia, promosikanlah kepelbagaian budaya kita. Itu akan terlihat lebih realistik,” katanya.

Dalam masa yang sama, Alvin menyifatkan filem dan drama Melayu lebih inklusif dari segi mempromosikan budaya tempatan berbanding berbanding drama dan filem lain.

Katanya, langkah itu wajar dicontohi dan perlu disambut baik pembikin filem dan drama bukan Melayu di negara ini.

“Dalam drama atau filem Melayu ada watak bukan Melayu. Muncul juga pengarah dan penerbit Cina yang mengarah dan menerbitkan naskhah Melayu. Ini amat jelas.

“Ini yang sepatutnya kita galakkan. Bukan promosi budaya luar menerusi filem dan drama tempatan,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya