KOTA BHARU: Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) meminta kerajaan menyalurkan bantuan segera kepada pekebun dan penoreh getah terutama di Kedah serta Perlis yang sedang berdepan dengan musim kemarau ketika ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia Presidennya, Kameruzaman Ab. Rahman berkata, cuaca panas ‘melampau’ yang melanda negeri-negeri berkenaan ketika ini menyebabkan pengeluaran susu getah berkurangan sekali gus menjejaskan sumber pendapatan golongan berkenaan. Menurutnya, keadaan harga bahan mentah berkenaan yang masih belum stabil di pasaran ketika ini menambahkan tekanan buat pekebun dan penoreh dalam berdepan peningkatan kos sara hidup. “Selain menunggu kedatangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya