Kelantan akan dibangunkan secara besar-besaran - Utusan Malaysia

Kelantan akan dibangunkan secara besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Februari 1975, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan merancang untuk melaksanakan rancangan pembangunan secara besar-besaran di Kelantan sama seperti di Pahang Tenggara, Johor Tenggara dan Terengganu Tengah, kata Tun Abdul Razak ketika mengumumkannya hari ini.

Satu pasukan khas dari Bank Dunia sedang meninjau kawasan Kelantan Utara meliputi jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah mengenai rancangan pembangunan yang boleh dijalankan di kawasan terbabit.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Februari 1977 – Syarikat TABA, merupakan syarikat bumiputera pertama dan terulung yang menjalankan perusahaan membuat pingat di negara ini.
  • 26 Februari 1979 – Pemain pertahanan pasukan Pahang, Datuk Jamal Nasir telah dipilih sebagai pemain terbaik bola sepak tahun 1978.
  • 26 Februari 1980 – Semua kerani kaunter pos di seluruh negara sedang menjalani kursusbersopan‘ dalam usaha memperbaiki lagi perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya