Kehebatan legenda bola sepak Khalid Ali disegani rakyat Malaysia

Kehebatan legenda bola sepak Khalid Ali disegani rakyat Malaysia

ALLAHYARHAM KHALID ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehebatan legenda bola sepak tanah air, Abd. Mohd. Khalid Mohd. Ali atau lebih dikenali Khalid Ali disegani seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya mengharumkan nama negara ini dalam arena sukan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terkenang kehebatan Allahyarham ketika menyarung jersi kebangsaan, terutama ketika membantu skuad kebangsaan sehingga layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow. 

Justeru, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada bekas penyarung jersi kebangsan itu  atas segala jasa dan usaha mengharumkan nama tanah air.

“Saya utus takziah buat keluarga legenda bola sepak tanah air, Allahyarham Khalid Ali yang menghembuskan nafas terakhir petang tadi. Moga keluarga Allahyarham sabar dan tabah.

“Semoga Allah menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, arena bola sepak negara diselubungi duka apabila Khalid Ali baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Allahyarham Khalid antara wira yang membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pernah menyarung jersi Selangor serta Kuala Lumpur.

Berita pemergian lagenda bola sepak itu disahkan oleh rakan terdekat yang juga pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad yang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaysia.

Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap kanser paru-paru dan telah menjalani beberapa sesi rawatan selepas hampir setahun bertarung dengan penyakit berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya