KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menambah keupayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mendepani cabaran menjaga kedaulatan perairan negara. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, selain meningkatkan kekuatan aset APMM, turut akan diperkasakan adalah kecekapan pegawai dan anggotanya. Menurut beliau, langkah itu penting ekoran isu pencerobohan nelayan asing di sempadan perairan negara serta kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk melalui jalan laut. Katanya, sebanyak 1,200 tangkapan direkodkan APMM sepanjang tahun lalu dengan 74 daripadanya kes membabitkan cubaan masuk 233 orang PATI…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya