KDM belum putuskan tanding semua kerusi

PRN Sabah: Parti KDM belum putuskan tanding semua kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) belum memutuskan untuk bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, pimpinan parti itu sedang mengenal pasti kerusi-kerusi yang berpotensi dimenangi termasuk di DUN Limbahau yang kini disandang bekas Timbalan Presiden KDM, Datuk Juil Nuatim.

Beliau berkata, jentera di kawasan yang dilihat berpotensi untuk KDM sedang dalam persiapan akhir menjelang PRN-17 yang mungkin diadakan selewat-lewatnya April tahun depan.

“Saya dan Timbalan Presiden, Datuk Wetrom Bahanda akan bekerja keras bagi memastikan kawasan yang ditandingi KDM nanti mendapat sokongan dan kemenangan,” katanya semasa majlis sambutan Tahun Baharu Cina, di Tenom semalam.

Tahun lalu, Juil mengumumkan keluar daripada KDM untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara keahlian terus.

Mengenai kerjasama atau gabungan menjelang PRN, Peter berkata, parti itu terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membawa kemajuan kepada rakyat Sabah.

Katanya, rakyat di negeri ini memerlukan penyelesaian tuntas bagi mengatasi permasalahan dihadapi mereka terutama dari segi kos sara hidup, ekonomi serta kemajuan negeri ini.

Beliau berkata, menjelang PRN Sabah, peluang parti-parti dari Semenanjung terutama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah sama seperti parti lain termasuk GRS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu berkata, sentimen parti tempatan yang dimainkan GRS sekadar mengaburi mata rakyat. 

“Hakikatnya gabungan itu turut disertai parti dari Semenanjung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya