Kalau tak percaya boleh periksa kualiti di warehouse - Pengasas Bulan Bintang - Utusan Malaysia

Kalau tak percaya boleh periksa kualiti di warehouse – Pengasas Bulan Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kontroversi mengenai tahap kualiti pakaian baju Melayu yang berlegar pada tahun lalu bagaimanapun tidak membuatkan jenama terkemuka tempatan, Bulan Bintang untuk meneruskan usaha pada tahun ini.

Menurut pengasas jenama tersebut, Azzim Zahid Azmi, pihaknya mengambil maklum sebarang respons daripada pengguna bagi penambahbaikan penghasilan baju Melayu keluaran mereka.

Justeru, pada tahun ini, kata Azzim, pihaknya membuat kelainan dengan menjemput sembilan individu ke ‘Private Viewing Session’ untuk melihat sendiri Baju Melayu Bulan Bintang 2024.

Menurut Azzim, tetamu yang hadir itu adalah dari kalangan pembeli, bekas pembeli dan bukan peminat Bulan Bintang.

“Ini pertama kali dalam sejarah saya buat benda ini. Tak pernah lagi saya buat perjumpaan secara bersemuka dengan pengguna, bekas pengguna dan para pembenci aku.

“Semalam, saya jemput sembilan orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Saya biarkan mereka pergi ambil kotak baju di rak dan periksa sendiri pakaian,”katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Kata Azzim, tujuannya membuat sesi tersebut adalah bagi memberi kebebasan kepada individu-individu itu untuk memeriksa sendiri kualiti produk sehingga berpuas hati.

“Kalau tak buat macam ini, risau netizen kata saya hanya promosi barang-barang yang elok, pre-selected dan dah rancang sahaja,”katanya.

Dalam pada itu, usahawan muda berusia 27 tahun itu meluahkan rasa syukur selepas hampir 99 peratus daripada mereka memberikan maklum balas yang positif.

“Alhamdulillah, saya dan team sangat gembira bila dengar sendiri maklum balas tentang baju Melayu tahun 2024. Kami terima 99 peratus maklum balas positif daripada mereka yang datang semalam.

“Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa tarikan baru yang kami perkenalkan untuk tahun 2024 ini. Ada yang terus beli hingga dua tiga pasang,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya