GEORGE TOWN : Seorang pengusaha minuman ais tingkap di Lebuh Tamil di sini mampu menjual sehingga 800 cawan minuman tersebut sehari terutamanya ketika cuti hujung minggu ekoran cuaca panas yang sedang melanda negara pada masa ini. Mohd. Almi Seeni Mohamed, 37, berkata, dia juga mampu menjual minuman tradisi penduduk Pulau Pinang itu tidak kurang daripada 500 cawan sehari pada hari biasa memandangkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap minuman berkenaan daripada kalangan para pelanggannya. Katanya, ais tingkap atau juga dikenali sebagai air sarbat bukan sahaja mampu menghilangkan rasa dahaga, malah boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya