IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Ops Khas Sembilan Kesalahan Utama dari 1 Februari hingga 13 Februari lalu telah mengeluarkan sejumlah 27,329 notis pelbagai kesalahan utama di jalan raya. Mengikut pecahan kesalahan, memandu melebihi had laju adalah tertinggi sebanyak 19,722, diikuti melanggar lampu isyarat merah (4,283), tidak pakai tali pinggang atau topi keledar (1,700) dan muatan bahaya (681). Selain itu ialah memandu di lorong kecemasan (277), menggunakan telefon bimbit (263), memotong barisan (190), memotong di garisan berkembar (171) dan memandu kenderaan berat di lorong laju (42). Pengarah Penguatkuasa Kanan JPJ,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya