PADANG BESAR: Jejantas menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar ke Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar dibuka semula bagi kemudahan orang ramai. Pembukaan semula jejantas pejalan kaki sepanjang 350 meter itu selepas hampir empat tahun ditutup. Jejantas berkenaan ditutup 1 September 2020 oleh Jabatan Imigresen Perlis berikutan faktor keselamatan selepas beberapa siri penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba bolos ke negara ini menggunakan laluan jejantas sehingga kawasan ICQS. Penutupan tersebut juga untuk memberi laluan kepada kerja naik taraf koridor pejalan kaki yang disambungkan dengan jejantas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya