KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk penambahbaikan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) bagi memastikan kes pembatalan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 tidak lagi berulang pada masa akan datang. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, jawatankuasa khas tersebut perlu melibatkan 13 negeri kerana peruntukan perundangan bagi kesalahan jenayah syariah di setiap negeri adalah tidak seragam. Menurutnya, penubuhan itu penting sebagai inisiatif untuk memperkemaskan lagi enakmen sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. “Cadangan penambahbaikan yang dibuat nanti boleh dipanjangkan kepada Jawatankuasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya