PUTRAJAYA: Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan bagi memantau sebarang isu membabitkan mahkamah syariah di seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa yang berada di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) itu sudah pun diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja pada sidang lalu. Beliau berkata, anggota-anggota bagi jawatankuasa itu termasuklah Ketua Hakim Syariah negeri. “Nama anggota jawatankuasa ini sudah dipersembahkan dan akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 21 Februari ini,” katanya ketika ditemui selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya