KOTA BHARU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan sudah mengambil sampel air Sungai Ketil berhampiran kawasan rekreasi Rimba Wangi, Gua Musang yang didakwa berubah menjadi hitam setiap kali hujung minggu atau cuti umum. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarahnya Wan Aminordin Wan Kamaruddin berkata, pengambilan sampel air itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkait dengan pencemaran tersebut. Menurutnya, ketika ini JAS Kelantan sedang menunggu keputusan penuh laporan hasil analisis yang dilakukan ke atas sampel air di sungai berkenaan. “Jika wujud pelanggaran, kita (JAS Kelantan) akan mengambil tindakan ke atas mereka yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya