Janna Endoro tidak sindir orang Kelantan - Utusan Malaysia

Janna Endoro tidak sindir orang Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit, Syed Aiman Syed Mahmud, 49, menafikan filem pertamanya, Janna Endoro menyindir atau menjatuhkan masyarakat Kelantan.

Bagi Syed Aiman yang juga pemilik rumah produksi Double Channel Sdn.Bhd, segala yang dipaparkan dalam filem ini adalah realiti dan pengalamannya sepanjang hidup di Kelantan.

“Dalam hidup, kita kena bersikap terbuka. Apa yang digambarkan dalam filem ini tidak semuanya realiti.

“Mungkin hanya segelintir bersikap buruk namun saya sampaikan perkara itu dengan penuh kiasan, seperti dalam dialog yang dilontarkan Wan Hanafi Su.

“Filem ini tiada niat menyindir sesiapa Saya pun orang Kelantan, takkan saya mahu menjatuhkan martabat negeri saya pula,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Syed Aiman mengulas mengenai watak seorang suami asal Kelantan yang malas bekerja dan melakukan jenayah keganasan rumah tangga.

Menurutnya lagi, selain menampilkan hero seorang perempuan, Janna Endoro padat dengan nilai kebudayaan yang diwarisi masyarakat Kelantan.

“Saya angkat nilai budaya melalui props dan lokasi sepanjang filem ini.

“Contohnya kita ada tarian, permainan wau, sidai ikan kering yang sekarang sudah jarang dilakukan.

“Bahkan sekecil-kecil perkara seperti judi laga ikan dalam botol pun kami tunjukkan,” katanya.

Filem yang menelan belanja RM1 juta ini menceritakan tentang seorang perempuan, Janna (Trisha Ooi) yang bangkit membela diri selepas anaknya dilarikan oleh samseng lantaran suaminya gemar berhutang.

Janna Endoro mula ditayangkan di pawagam bermula 22 Februari 2024.

Antara pelakon yang turut sama menjayakan filem ini ialahTrisha Ooi, Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan, Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Hj Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamrie dan Danie X-Factor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya