Jadi artis independen kena kental, belajar cepat ‘move on’ - Imran Ajmain - Utusan Malaysia

Jadi artis independen kena kental, belajar cepat ‘move on’ – Imran Ajmain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bergerak secara independen, penyanyi, Imran Ajmain, sudah biasa ditolak atau menerima undangan persembahan dengan harga terlalu rendah.

Menurut Imran, itulah asam garam yang perlu dilaluinya sebagai penyanyi namun enggan berputus asa mencari peluang mengembangkan kerjaya.

“Saya gembira sahaja bergerak sendiri. Cuma rintangan pasti ada seperti ditolak penaja, ada penganjur yang tiba-tiba batalkan tawaran dan ada pihak yang minta buat persembahan dengan harga terlalu rendah.

“Namun, saya kena belajar untuk teruskan hidup. Kesukaran saya mungkin jarang dapat peluang tembusi televisyen.

“Tapi dengan platform TikTok membuatkan lagu saya masih didengar ramai orang, saya tetap bersyukur dan tidak patut untuk mengeluh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Imran, artis yang bergerak independen perlu melengkapkan diri dengan beberapa perkara seperti seni menguruskan perjanjian dan berurusan pelanggan.

“Mungkin ada yang berpandangan seorang artis perlu ada pengurus. Tapi kalau artis itu masih baru dan tidak mampu, tidak mengapa jika tiada pengurus.

“Kita sendiri perlu belajar untuk mencari peluang, menguruskan invois dan menguruskan masa.

“Setiap perkara wajib mempunyai perjanjian di emel sebagai bukti hitam putih, jika hanya di ‘whatsapp’ sahaja, itu bukan perjanjian namanya,” tambahnya.

Ditanya adakah penyanyi Selamat Ulang Tahun Sayang itu terbuka sekiranya dilamar mana-mana label rakaman, Imran akan menyemak syarat yang ditawarkan terlebih dahulu.

“Jika strategi label itu kukuh dan mempunyai sistem yang boleh diikuti dengan tegas, memang saya mahu.

“Tapi jika sekadar keluar biaya buat lagu dan video kemudian harap ia meledak sendiri, saya pun boleh buat.
“Syarikat perlu ada jaminan usaha sebelum menandatangani mana-mana artis,” tambahnya.

Terkini, Imran Ajmain bakal tampil menerusi konsert Malam Seribu Tahun yang bakal diadakan di The Platform, Menara Ken, TTDI pada 2 dan 3 Februari ini.

Konsert tersebut diadakan sempena meraikan kerjaya 20 tahun kerjayanya sebagai penyanyi dan pengubah lagu.

Sebelum Malaysia, Imran bakal menghiburkan peminat di negara kelahirannya pada 12 Januari di Victoria Theatre, Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya