PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri untuk mengambil tindakan bersesuaian sekiranya didapati berlaku pelanggaran berkaitan aktiviti keagamaan membabitkan individu dikenali Mawla Mohamed Amin al-Hassani. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain itu, PDRM turut meneruskan pemantauan mereka membabitkan aktiviti lelaki berkenaan jika didapati mengancam keselamatan atau ketenteraman awam. “Kalau aktiviti dia bersifat keagamaan dan kalau ada elemen perlanggaran terhadap apa-apa juga undang-undang atau enakmen negeri, pihak polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri sebagai autoriti agama dalam bidang kuasa kerajaan negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya