PETALING JAYA: Umat Islam di negara ini dinasihati agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu taasub sehingga terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu tertentu yang mendakwa dirinya adalah berketurunan Nabi Muhammad SAW. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, umat Islam perlu berhati-hati agar tidak tertipu dengan individu yang mendakwa dirinya mempunyai kaitan dengan susur galur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW. Beliau berkata, umat Islam perlu berhati-hati dengan dakwaan individu yang tidak jelas serta tidak mempunyai pembuktian mengenai latar belakang individu serta ajaran yang dibawa. “Jabatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya