KUALA TERENGGANU: Seorang wanita hanya mampu melihat suaminya ditarik ombak besar sebelum dihanyutkan di tengah laut dan perlahan-lahan hilang daripada pandangan di Pantai Batu Buruk, di sini, hari ini. Dalam kejadian pukul 11.20 pagi, Nora Elina Abdul Khalit, 44, bersama suaminya, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, sedang berkelah di pantai peranginan itu bersama dua anak mereka. Nora Elina berkata, dia dan dua anaknya berusia sembilan dan 11 tahun bermain pasir manakala suaminya pula bersiar-siar di tepi pantai. “Tiba-tiba suami saya dihanyutkan arus ke tengah laut dan kejadian itu berlaku sekelip mata.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya