Intai penyelesaian terbaik - Azzam Sham enggan bermasam muka dengan syarikat pengurusan - Utusan Malaysia

Intai penyelesaian terbaik – Azzam Sham enggan bermasam muka dengan syarikat pengurusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Azzam Sham berharap masalah dalaman yang timbul membabitkan dirinya dan syarikat Rusa Music dapat diselesaikan  secara baik.

Kata Azzam, dia yakin konflik yang tercetus antara dia dengan syarikat tersebut tidak perlu disensasikan, sebaliknya ditamatkan tanpa persengketaan.

“Hasrat untuk lebih awal meninggalkan syarikat tersebut telah saya luahkan selepas melihat kerjaya saya bergerak perlahan dengan ketiadaan lagu baru dan sebagainya. Namun saya kena akur dan sabar menunggu kontrak tamat sekitar Julai tahun depan.

“Saya yakin ada jalan penyelesaian terbaik, tak mahu ambil jalan mudah dengan meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

“Apa sahaja masalah yang timbul perlu saya selesaikan dengan cara baik. Tak perlu bermasam muka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Azzam dalam pada itu memaklumkan dia sedia bergerak sendiri, menguruskan kerjaya seninya secara independent.

“Saya tak nafikan kerjaya seni saya bergerak perlahan dengan ketiadaan produk baharu dan sebagainya. Jadi lebih baik saya urus sendiri kerjaya saya selepas ini.

“Memang banyak cabaran apabila bergerak sendiri, tapi mahu atau tidak saya perlu ambil langkah itu. Lepas ini kena kerja lebih keras sebab saya ada anak isteri yang perlu disara.

“Saya percaya rezeki milik Allah. Dan saya pula sejak kecil diajar hidup berdikari. Jadi saya tak pernah risau tak ada kerja,” jelasnya.

Azzam mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Sheryl Shazwani pada tahun 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Azzalea Safiyya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya