INSTEDT-Gleneagles perkasa pendidikan kesihatan

INSTEDT-Gleneagles perkasa pendidikan kesihatan

DR. KAMAL AMZAN (dua dari kiri) dan Hariza Hashim bertukar dokumen selepas menandatangani MoU antara Hospital Gleneagles Johor dan Kolej INSTEDT di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kolej Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) dan Hospital Gleneagles, Johor menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memastikan kesinambungan industri pendidikan kesihatan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif INSTEDT, Datin Hariza Hashim berkata, kerjasama itu melibatkan penajaan pendidikan kepada 100 penuntut diploma kejururawatan bagi tempoh tiga tahun.

Menurutnya, MoU berkenaan turut memberi nilai tambah kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu.

“INSTEDT menawarkan program kejururawatan sejak 2006 dan kita merupakan antara IPTS terawal yang komited melahirkan jururawat terlatih dan mahir untuk menampung keperluan sektor kesihatan negara.

“Bagi memastikan graduan kita kekal menjadi pendahulu dalam industri ini, kita sentiasa menambah nilai termasuk dengan penambahan bahasa ketiga,” katanya kepada Mingguan Malaysia selepas Majlis Menandatangani MoU antara INSTEDT dan Hospital Gleneagles Johor di sini, semalam.

MoU itu ditandatangani Hariza dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles, Dr. Kamal Amzan.

Sementara itu, Dr. Kamal memberitahu, selaku pemain industri, pihaknya komited dalam menyokong pembangunan pendidikan kesihatan di negara ini, khususnya dalam melahirkan tenaga kerja kesihatan mahir.

“Usaha ini dapat memberi impak dalam memastikan kelangsungan industri kesihatan di Johor tidak berdepan kekurangan tenaga kerja.

“Kami memilih INSTEDT disebabkan kualiti graduan yang dihasilkan serta proses pembelajaran yang menepati piawaian ditetapkan kami.

“Antara program yang kami gemar adalah aspek hospitaliti yang ditambah dalam pendidikan penuntut, ini secara tidak langsung memberikan tambahan kepada kami untuk menjalin kerjasama dengan INSTEDT berbanding IPT lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya