KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mendedahkan masalah infrastruktur dan penyusutan kawasan jelapang padi menjadi punca kelemahan dalam pengeluaran hasil tanaman itu. Pengerusinya, Muhammad Husain berkata, walaupun sudah melepasi purata hasil nasional iaitu 4.1 tan metrik sehektar, KADA masih ketinggalan berbanding hasil Selangor (4.32 tan metrik), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (4.24 tan metrik) dan Pulau Pinang (5.05 tan metrik). “Antara faktor kelemahan prestasi pengeluaran hasil padi adalah ketiadaan sistem pengairan bersistematik kerana KADA pada masa ini tidak mempunyai empangan untuk menampung atau menyimpan bekalan air berbanding jelapang lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya