PETALING JAYA: Polis menggempur sebuah rumah inap desa Tanjung Karang dekat sini yang dijadikan rumah transit pendatang asing tanpa izin (PATI), semalam. Op Pintas kira-kira pukul 9.45 malam itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Balai Polis Kuala Selangor. Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi membanteras sindiket penyeludupan migran itu berjaya menahan seramai 48 warga Indonesia berusia lingkungan enam hingga 51 tahun. Menurutnya, tangkapan termasuk 14 wanita dan tiga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya