Ibu, anak tujuh tahun ditemukan lemas dalam kolam

Ibu, anak tujuh tahun ditemukan lemas dalam kolam

JASMIN HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua beranak ditemukan mati lemas di dalam sebuah kolam di hadapan rumah mereka di Kampung Nasib Kita, di sini semalam.

Wanita lingkungan 40-an dan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun itu ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

  Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan dua mangsa lemas itu daripada orang awam.

Susulan laporan tersebut, katanya, sepasukan anggota polis  ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat dua mangsa ditemukan mati lemas.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Jasmin, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada kes tersebut adalah kes bunuh atau mati mengejut (SDR).

Jelasnya, kenyataan berhubung hasil siasatan akan dikeluarkan selepas proses bedah siasat selesai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya