Fenomena El Nino yang sedang melanda Perlis menyaksikan pokok-pokok di hutan dan bukit batu kapur bertukar warna keperangan, merah dan kuning sekali gus memberi pemandangan baharu memukaukan di negeri ini. Pokok kayu jenis dipterokarpa pamah seperti meranti, merawan, cengal dan mersawa di hampir semua bukit batu kapur bertukar keperangan dan luruh ekoran tidak menerima hujan lebih 30 hari lalu sebelum dijangka berputik kembali pada awal April. Pengasas Perlis Nature Xplorer (PNX), Syamil Abd. Rahman berkata, ini kerana pokok-pokok di hutan dan bukit batu kapur itu tidak mendapat sumber air mencukupi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya