HULU SELANGOR: Kebakaran seluas satu ekar tanah hutan di Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini dipercayai berpunca daripada pembakaran tayar terpakai. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.10 petang tadi. Katanya, beberapa jentera dan sepasukan anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian. “Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pembakaran tayar terpakai. “Kebakaran melibatkan hutan berkeluasan anggaran satu ekar. Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya