Hun Haqeem dah boleh buat single - Utusan Malaysia

Hun Haqeem dah boleh buat single

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA, Cik Bunga sudah lama tahu yang pelakon Hun Haqeem ini mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni suara. 

Maknanya, bukan sekadar berlakon, Hun ini boleh versatil dalam kerjaya seninya. 

Maka, apabila dia menyertai program The Masked Singer Malaysia 4, Cik Bunga tidak terkejut pun sebab sepanjang dia menyarungkan kostum dan menyamar sebagai ‘Roti John’, Cik Bunga sudah dapat meneka itu ialah Hun. 

Dari segi gaya nyanyiannya, memang boleh teka sememangnya itu Hun. Peminatnya juga pasti tahu dan dapat meneka yang sama. 

Jadi, disebabkan Hun boleh menyanyi, ramai yang minta supaya Hun segera keluarkan single dan lagu yang bersesuaian dengan suaranya. 

Kalau tak silap Cik Bunga, Hun sebelum ini pun pernah berikan bayangan dan hasrat untuk hasilkan single cuma perkara itu seakan belum dapat direalisasikan. 

Tak tahu pula apa puncanya. Kalau benarlah impian Hun untuk hasilkan single itu terjadi, Cik Bunga beri sokongan penuh! 

Iyalah, sayang kalau bakat yang ada tidak disalurkan kepada medium yang sepatutnya. Lagipun, peluang itu sudah ada di depan mata. Jika Cik Bunga yang dapat peluang begitu, memang kita tak akan sia-siakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya