KUANTAN: Hanya bermula dengan belajar menerusi laman YouTube, seorang pembuat kostum adiwira di daerah ini tidak menyangka bidang tersebut kini menjadi sumber pendapatan sampingan buatnya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd. Rostam Hassan, 44, berkata, dia mula menerima tempahan set lengkap kostum adiwira yang dijual pada harga antara RM2,000 hingga RM3,000 sejak 2018. Menurutnya, segala-galanya bermula tujuh tahun lalu selepas dia tidak berpuas hati dengan kualiti kostum adiwira yang dibeli secara dalam talian untuk sambutan hari lahir anak keempatnya, Daniel Hafidh, 10, yang pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya