SAMBUTAN Hari Keluarga Haji Abdullah yang pertama kali dianjurkan berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 30 ahli keluarga itu di Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, kelmarin. Ia menghimpunkan tiga generasi keturunan Abdullah Mamat yang berasal dari Kampung Simpang Rawai, Marang, Terengganu. Majlis tiga hari dua malam itu dirancang kira-kira setahun lalu bertujuan mengeratkan hubungan keluarga mereka yang sibuk dengan urusan masing-masing dan tinggal berjauhan seperti di Kedah, Selangor serta Terengganu. Pelbagai aktiviti disusun sesuai peringkat umur termasuk acara sukaneka melibatkan penyertaan semua waris yang hadir.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya