PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menjelaskan, hanya Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) selama dua tahun berturut-turut. Dalam satu hantaran di laman sosial, Kementerian Kewangan berkata, bantuan IPG untuk beberapa tahun sebelum itu tidak meningkat mengikuti peredaran kos sara hidup. Menurutnya, perkara itu mengakibatkan pekebun-pekebun kecil getah hanya menambah beban kepada diri sendiri jika mereka ingin meningkatkan produktiviti. “Mendengar keluhan para pekebun getah, Kerajaan Madani meningkatkan kadar IPG selama dua tahun berturut-turut bagi memastikan kebajikan mereka terbela. “Sepertimana diumumkan dalam Belanjawan 2024, paras harga pengaktifan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya