SEPANG: Seorang mangsa jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar jelas tidak dapat menahan sebak apabila akhirnya dapat pulang setelah tiga tahun terkandas di sana. Malah suasana pilu juga menyelubungi di dewan ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila mangsa disambut ibu dan saudaranya. Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ah Chong, 34, bahkan memberitahu bahawa kepulangan kali ini menjadi hadiah cukup bermakna bagi sambutan Tahun Baharu Cina. “Terima kasih MHO (Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia) yang berjaya bawa saya balik dengan selamat,” katanya ketika ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya